1.PENDAHULUAN
Terlebih dalulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah
kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri
ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana Latihan ini bermula
dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan
lancar sepertimana yang diharapkan.
Latihan ini merupakan satu
syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar Politeknik sebelum layak
dipertimbangkan untuk penganugerahan
Setiap pelajar perlu
lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang
berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan
industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga syarikat pelajar ditempatkan .
Antara objektif utama latihan industri diwujudkan adalah untuk
bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan suasana pekerjaan yang
sebenar. Ia juga tujuan untuk menanam semangat kerja berpasukan dan
perhubungan baik semasa pekerjaan. Selain itu membolehkan pelajar
melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan
kerja-kerja praktikal yang dijalankan di alam pekerjaan yang sebenar. Di
samping itu pelajar dapat mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan
serta pengalaman yang ditimba juga boleh dijadikan sebagai persedian
untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
Dengan terbitnya buku
laporan ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan untuk pelajar
mencari maklumat yang diingini bagi menambah ilmu pengetahuan.