Setelah menjalani
Latihan Industri selama empat bulan, banyak yang saya pelajari dari
segala aspek berkaitan dengan bidang kerjaya terutama cara berkomunikasi
dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Dengan bertugas di Hospital Pantai Manjung, saya telah mempelajari cara-cara bagaimana
pengurusan pejabat it di lakukan.
Latihan Industri patut diteruskan kerana berfungsi memberikan pendedahan kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum
menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Ini disebabkan apabila
seseorang penuntut menjalani latihan industri, mereka akan dapat melihat
gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping
berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.
Akhirnya setelah
berjaya mengikuti Latihan Industri ini, pelatih dapat melihat sendiri
suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit manis semasa
latihan dijalankan. Di sini pelatih memohon maaf daripada pihak Pantai Hospital serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini serta ikhlas dan
sedia menerima teguran yang membina. Dengan menjalani latihan ini,
diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi
bidang kerjaya.