Diploma teknologi maklumat adalah kursus yg ditawarkan di Politeknik Balik Pulau dibawah jabatan teknologi maklumat dan komunikasi.Latihan industri adalah satu mata pelajaran yang
menjadi satu syarat atau kewajipan bagi setiap pelajar di Politeknik iaitu
semasa semester 4 bagi pelajar kursus
Diploma. Para pelajar akan menjalani Latihan Industri atau lebih dikenali
sebagai ‘Praktikal’ selama satu semester di syarikat atau di kilang yang
dipilih. Dalam tempoh iti pelajar mesti mengikuti segala peraturan atau
prosedur syarikat tersebut, contohnya disiplin, kedatangan, pakaian, dan
lain-lain.Pelajar juga harus lulus dalam kursus latihan industri bagi mendapatkan sijil diploma.
Tarikh yang telah ditetapkan pada 1 disember 2014 bagi mendaftar firma untuk menyempurnakan kursus latihan industri dan akan tamat pada 17 april 2015.Latihan industri ini perlu dijalankan selama 20 minggu bersamaan 4 bulan.Latihan industri ini juga bertujuan untuk menerapkan sifat kerjasama sesama pekerja dan mempelajari cara sebenar berkerja.
Bagi melengkapkan kursus ini ,saya telah memilih Hospital Pantai Manjung,perak sebagai tempat untuk menjalankan latihan industri .disini saya dapat mempelajari bagaimana cara sebenar berkerja dalam bidang teknolgi maklumat dan etika-etika berkerja.