OBJEKTIF LAPORAN HARIAN

1.2 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang Latihan Industri dijalankan, pelajar perlu menyiapakan laporan rasmi yang lengkap tentang kerja-kerja yang telah dilaksanakan sepanjang Latihan Industri dijalankan ini dijalankan untuk dikemukakan kepada pihak Politeknik untuk dibuat penilaian. Laporan dinilai untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil atau Diploma untuk sesuatu kursus.

Laporan harian perlu diisi oleh para pelajar pada setiap hari dan ia ditulis secara kasar, ini untuk memudahkan pelajar untuk membuat laporan rasmi setelah selesai latihan industri yang ditetapkan. Buku laporan harian perlu diserahkan kepada penyelia pada setiap seminggu untuk disemak bagi memastikan para pelajar sentiasa mengisi dan menjalankan latihan seperti yang diarahkan. Selain itu buku laporan juga penting untuk memudahkan pensyarah untuk meneliti proses kerja yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh para pelajar semasa latihan industri apabila pensyarah hadir untuk membuat penilaian.

Laporan latihan sangat penting untuk disediakan oleh pelajar setelah selesai menjalani latihan industri disesebuah syarikat. Laporan ini menunjukan tentang keseluruhan aktiviti dan perjalanan sebuah syarikat. Ia juga menggambarkan keseluruhan kerja yang pernah dilakukan dan dilaksanakan semasa di tempat kerja. Semua kerja dan latihan yang pernah dilaksanakan akan dicatatkan dan diceritakan di dalam laporan ini. Segala dokumen yang digunakan sepanjang laporan akan dilampirkan dan disertakan sebagai laporan dan rujukan.   


1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulagi semula latihan industri





1.4 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI ADALAH SEPERTI BERIKUT :





  • Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar. 
  • Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri. 
  • Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab. 
  • Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan kelak. 
  • Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan
  • Untuk menanamkan sifat kerjasama antara satu sama lain dan merasa kan sendiri    pengalaman berkerja.