KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI ?


  • Membolehkan siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari didalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberukan satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempratikkan pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.  
  • Membolehkan siswa mengenali melalui pengelibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan, reka bentuk, pembinaan dan pertadbiran projek.  
  • Mendedahkan kepada siswa mengenai keadaan tapak yang sebenarnya iaitu yang melibatkan kerja-kerja di tapak yang berkemungkinan terletak di pendalaman yang sangat mencabar, tidak seperti kerja-kerja pejabat sahaja.
  • Untuk mendedahkan siswa kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut.
  • Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang ditulis itu tentunya akan menjadi latihan yang terpenting bagi kerjaya mereka di masa depan.