Microsoft excel


Pengenalan
 Perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu perisian sistem Windows dan perisian aplikasi seperti Microsoft Excell, Microsoft Words dan Power point. Perisian adalah satu set arahan yang menggerakkan pekakasan. Kedua-dua jenis perisian ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa penghantaran.






MICROSOFT OFFICE EXCEL

 
1.Pengenalan

Microsoft Excel diperkenalkan oleh Syarikat Gergasi Komputer iaitu Microsoft pada tahun 1999. Excel merupakan salah satu di antara perisiaan Helaian Elektronik yang sangat popular pada masa kini.. Perisian atau aplikasi ini banyak digunakan dalam menyediakan invoice, penyata kewangan, gaji, akaun, aktiviti pengiraan, jadual dan sebagainya. Microsoft Excel adalah satu program yang sesuai untuk kerja perangkaan. Di samping berfungsi sebagai kalkulator, excel juga boleh mengira baki perbelanjaan, menganalisis corak dan bentuk perangkaan, melukis graf dan carta yang canggih, serta mengumpul dan mengasingkan data yang banyak.







2.Proses Kerja Yang Dilakukan

 
Memasukkan Data

Untuk memasukkan data ke dalam helaian kerja, terlebih dahulu aktifkan sel dengan mengkilik penuding tetikus diatasnya atau bergerak ke sel itu dengan kekunci anak panah dan tekan Enter. Sel yang diaktifkan itu mempunyai satu bar tegak (titik sisipan) yang menandakan lokasi aksara seterusnya akan muncul. Alamat sel itu juga dipaparkan di bar formula. Kemudian. memasukkan teks atau nombor ke dalam sel yang diaktifkan itu. Semasa menaip, data akan muncul di dalam sel aktif dan juga di bahagian atas helaian kerja yang dikenali sebagai bar formula.